Penulis

Lihat semua
Karen Huang

Karen Huang (Penulis Tamu)

Sebagai anak yang pemalu dan penakut, Karen menemukan kasih Yesus dalam buku-buku cerita Alkitab di perpustakaan sekolahnya. Dia menghabiskan masanya untuk membaca buku dan menulis cerita, malah menyedari bahawa Penyelamatnya yang setia telah memberikan maksud dalam setiap kisah manusia. Kemudian Karen menjadi editor buku selama bertahun-tahun. Dia gemar membantu menghasilkan buku-buku pendidikan dan penerbitan Kristian. Dia juga seorang penulis yang karyanya telah muncul dalam beberapa buku renungan, kumpulan kesusasteraan, dan buku-buku inspirasi bagi wanita. Sebagai penulis buku Letters to a Single Woman, Karen gemar berjalan jauh, menikmati seni bina gaya Sepanyol-Filipina, membaca mengenai kebudayaan Singapura, menjaga kucing-kucingnya, dan meluangkan masa bersama-sama anak-anak buahnya.

Artikel oleh Karen Huang (Penulis Tamu)

Anda boleh Percaya kepada Tuhan

Apabila kucing saya Mickey terkena jangkitan mata, saya menggunakan ubat mata untuk merawat matanya setiap hari. Sebaik sahaja saya meletakkan Mickey di atas meja bilik mandi, dia akan duduk, memandang ke arah saya dengan mata yang ketakutan, dan bersedia untuk pancutan ubat mata tersebut. “Kucing pandai,” saya membisik. Walaupun Mickey tidak memahami apa yang saya sedang lakukan, dia tidak pernah melompat, mendesis, atau mencakar saya. Sebaliknya, Mickey akan lebih mendekati saya—orang yang menyebabkannya melalui pengalaman pahit ini. Mickey tahu bahawa dia boleh mempercayai saya.

Sauh Harapan Kita

Saya memegang sebuah gambar yang menunjukkan beberapa orang yang sedang tidur di bawah kepingan kadbod di dalam sebuah lorong yang malap. “Apakah yang diperlukan mereka?” Saya bertanya kepada budak-budak darjah enam di Sekolah Minggu. “Makanan,” kata salah seorang budak. “Wang” seorang lagi menjawab. “Sebuah tempat yang selamat,” kata seorang budak lelaki selepas memikirkan soalan tersebut untuk seketika. Kemudian, seorang budak perempuan bersuara: “Harapan.”

Lepaskan!

Pemilik kedai buku di tempat yang Keith bekerja baru pergi bercuti selama dua hari, tetapi Keith selaku pembantunya sudah panik. Kegiatan perniagaan berjalan lancar, tetapi Keith bimbang bahawa dia tidak dapat menyelia kedai secara baik. Oleh itu, dia kegila-gilaan mengawal setiap perkara dengan sedaya upaya.

Apabila Anda Penat

Saya duduk dalam keheningan pada penghujung hari kerja, dengan komputer riba saya diletakkan di hadapan saya. Saya sepatutnya gembira dengan kerja yang telah diselesaikan pada hari itu, tetapi tidak. Saya penat. Bahu saya sakit dengan beban kebimbangan mengenai masalah di tempat kerja, dan fikiran saya dipenuhi dengan hubungan yang bermasalah. Saya mahu melarikan diri daripada semua itu, saya hanya mahu menonton TV pada malam itu.

Apakah Tujuan Hidupku?

“Aku berasa begitu tidak berguna,” kata Harold. “Aku kematian isteri dan sudah bersara, anak-anak pula sibuk dengan keluarga masing-masing. Waktu petangku sungguh sunyi dan aku hanya meluangkan masa dengan menonton bayang-bayang pada dinding.” Dia sering memberitahu anak perempuannya, “Aku sudah tua dan puasa dengan kehidupan ini. Aku tidak ada sebarang tujuan hidup lagi. Tuhan boleh menjemput aku kepada-Nya pada bila-bila masa.”

Apabila Anda Kesunyian

Pada jam 7 malam, Hui-Liang berada di dapur dan sedang makan nasi berlaukkan bebola ikan. Manakala keluarga Chua di unit sebelah juga sedang makan malam dan gelak ketawa serta perbualan mereka menembusi kesunyian pada unit Hui Liang, yang telah hidup keseorangan sejak kematian isterinya. Setelah beberapa tahun, dia sudah biasa hidup berseorangan. Tetapi pada malam tersebut, sebiji mangkuk dan sepasang penyepit yang ada di atas meja telah menusuk hatinya dengan mendalam. 

Anda Didengari

Dalam buku yang bertajuk Physics, Charles Riborg Mann dan George Ransom Twiss bertanya: “Apabila sebatang pokok tumbang di dalam hutan yang sunyi, dan tiada haiwan yang berdekatan mendengarnya, adakah ia membuat bunyi?” Selama bertahun-tahun, persoalan ini telah menarik perbincangan filosofi dan saintifik tentang bunyi, persepsi dan kewujudan. Namun belum ada jawapan yang muktamad.

Sentiasa Dipercayai 

Saya seorang yang perisau. Awal pagi ialah masa yang paling teruk kerana saya mudah berasa bimbang. Oleh itu, saya melekatkan satu petikan daripada mubaligh, Hudson Taylor pada cermin bilik mandi saya supaya saya dapat melihatnya ketika semangat saya lemah: “Tuhan yang hidup nyata. Dia telah bercakap dalam Alkitab. Dia menepati janji-janji-Nya dan akan melakukan semua yang dijanjikan-Nya.”  

Kasih ini Nyata

“Aku rasa seperti tikar ditarik dari bawah kakiku,” kata Jojie. “Kejutan daripada menemukan kebenaran hal itu umpama satu tamparan fizikal.” Jojie mendapat tahu bahawa tunangnya berlaku curang. Perhubungan Jojie yang terdahulu juga berakhir begini. Oleh demikian, apabila Jojie terdengar tentang kasih Tuhan dalam satu sesi pengkajian Alkitab, dia pun tertanya-tanya: Adakah ini juga penipuan? Adakah aku akan mengalami sakit hati kalau aku percaya kepada Tuhan apabila Dia berfirman bahawa Dia mengasihi aku?